Saturday, June 8, 2013

Pantai Bagan Lalang

Cuti sekolah yang masih berbaki 3 hari. Apa lagi, bermesyuarat lah kami di facebook, Group Keluarga Omar, mencari lokasi sesuai untuk camping keluarga di pantai.Plan pertama untuk main air di Theme Park kami tukar kepada camping di pantai. Menggeleng kepala lah masuk theme park, seorang dewasa RM30, anak-anak RM16,kalau anak-anak dah 5 orang..kopak juga jadinya. Itu tak masuk makan minum, sewa tempat etc. Jadi, survey punya survey, Bagan Lalang jadi pilihan. Free, luas, selamat, selesa, dan seronok !

 Jika nak dapatkan pondok free dan luas, mesti pergi awal pagi. Kami dah bertolak dari Shah Alam seawal jam 8 pagi. Sampai jam 9 pagi, masa tu memang dah ada orang cop tempat.
 Sampai kat sana, memang happy bila tengok pantai cetek yang luas, sesuai untuk anak-anak kecil.
 Ada banyak gerai makan dan menjual barang mainan pantai. 
 Pondok yang sempat kami grab.Memang dah lengkap tempat bakar ikan ayam, tapak khemah dan betul-betul depan pantai.
 Pasir luas untuk anak-anak bermain.
 Sebelum air pasang.
 Suasana yang cukup meriah dengan anak-anak kecil mandi-manda.
 Selepas air pasang.
Kawasan memang dijaga Pihak Keselamatan Pantai. InsyaAllah, tempat selamat dan selesa, free pulak tu.

Pantai Bagan Lalang yang jadi tempat camping kami sememangnya cukup indah,selesa dan selamat. Kalau datang dari Shah Alam, kami ikut Lebuhraya Utara-Selatan dan lalu KLIA masuk ke Bagan Lalang, Sepang ni. Kami cari tempat paling hujung, orang tak ramai sangat. Nak membakar pun tak rasa ganggu orang sangat.Selepas sehari di pantai, kami bertolak pulang jam 7 ptg. Sesiapa yang nak balik lewat petang, singgahlah solat Maghrib di mana-mana kerana bila masuk je Highway, jika jem, lewat pula solat nanti. 

Wednesday, June 5, 2013

Beli-beli di IKEA Damansara

IKEA ? Mahallah. Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut ku kepada ABANG sewaktu first time diajak beli perabot rumah kat sana. Tapi ABANG tak putus asa, dia kata nak pegi tengok-tengok je, tak beli pun. Ok, saya terus setuju dan kami ikut Federal ke Damansara. Ambil masa 1/2 jam je. Pergi waktu tak jem, gerak lepas solat Asar. Sampai je di sana, wahhh..banyak kereta parking kat bangunan IKEA tu. Masuk je...terus, wow, comelnya playground IKEA. Banyak betul bola kecik. Siapa yang ada anak bolehlah letak anak kat situ sementara rewang-rewang kat showroom atas !

 IKEA: Bilik tidur semuanya barang IKEA
 IKEA: Sangat kemas, jimat ruang dan awesome!
 IKEA: Ada bahagian toys untuk anak-anak
 IKEA: Geram tengok puppet IKEA yang comel-comel
 IKEA: Customer boleh try baring-baring kat katil untuk 'test' keselesaan
 IKEA: Rasa macam dah ada anak bila tengok ruang tidur anak-anak ni
 IKEA: Cermin dia memang tahap kualiti terbaik
 IKEA: Dapur, memang kemas dan buat kita yang menengok teruja
 IKEA: Bilik membaca, house library la ni
 IKEA: Ramai sangat customer datang dengan family besar.
 IKEA: Meja makan agak kukuh. Kalau datang, try lah pecahkan. Tak pecah punya.
 IKEA:Ruang office, ABANG yang tak berkelip mata tengok.
IKEA: Tempat yang dipusing berkali-kali. Bila nak ada anak sendiri ni.

Ruang bawah IKEA menuju kaunter bayaran lagi awesome. Banyak barang dapur yang kecik-kecik. Kesimpulannya, memang IKEA ada kelengkapan yang cukup untuk rumah anda. Tak rugi guna barang-barang IKEA sebab memang TERBUKTI TAHAN LAMA. Kami terus daftar sebagai ahli FAMILY IKEA sebelum buat pembayaran.Konon tak nak beli barang sebelum datang tadi.Habis juga la RM500. Tiket tak perlu bayar bila membeli-belah kat sini. Specialnya, FAMILY IKEA akan dapat offer birthday,Mother's Day etc untuk beli barang IKEA. Banyak kali juga pergi IKEA sejak-sejak ni untuk memenuhkan ruang rumah.Memang kami berdua puas hati dengan buatan IKEA. Selamat membeli perabot di IKEA.



Zoo Negara, Kuala Lumpur

Kali ini giliran untuk bawa anak buah kesayangan pulak ke Zoo Negara, Kuala Lumpur. Siapa kata dalam bandar KL macam ni tiada tempat menarik untuk kanak-kanak? Dengan harga tiket RM6 seorang kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa, dapatlah masuk melihat apa yang ada dalam Zoo Negara Kuala Lumpur ni. Bertolak dari Sungai Buloh ke Zoo Negara cuma ambil masa 1/2 jam.

Sampai saja le Zoo Negara, dah kena parking kereta berbaris-baris kat luar.Hujung minggu, memang ramai. Harga parking RM6 untuk sebuah kereta. Lepas beratur beli tiket, belikan topi pink berharga RM15.90 kepada Ain sebab cuaca nampak agak terik. Untuk Darwisy, tak beli sebab dia tak nak. Masuk je, kami terus berjalan-jalan ke arah sangkar monyet,ungka,kera dan macam-macam jenis spesisnya.

 Zoo Negara: Ini anak ungka kalau tak silap.
 Zoo Negara: Ada pokok-pokok yang comel juga.
 Zoo Negara: Sang tapir yang hampir terlelap.
 Zoo Negara: Anak-anak kancil
 Zoo Negara: Burung spesis bangau
 Zoo Negara: Zirafah jadi tarikan besar untuk anak buah ku.

 Zoo Negara: Beli tebu sebatang RM2, bagi gajah makan.
 ZOo Negara: Semua binatang, ada Scientific Name dan nama Species nya
 Zoo Negara: Badak air
 Zoo Negara: Sarang tebuan yang diawet.
 Zoo Negara: Ini ialah kerbau jenis Afrika.
 Zoo Negara: Dapat sentuh si tapir.
 Zoo Negara: Rusa bintik yang comel.
 Zoo Negara: Ada satu site tu, semua karakter Pada Zaman Dahulu diletak, cun !
Zoo Negara: Harimau bintang tengah tidur.
Entrance dan exit di Zoo Negara.
 Kami terlepas untuk tengok sesi beri makan pada jam 11 pagi dan tak larat nak tunggu jam 3 petang untuk sesi beri makan seterusnya. Itu pun dah ok dan puas hati sebab tengok muka anak buah happy je bila keluar dari Zoo Negara. Untuk pengunjung yang nak buat lawatan ke Zoo Negara, datanglah awal pagi sebelum sesi beri makan kerana antara jam 11 pagi hingga 2 petang haiwan-haiwan semuanya dalam keadaan malas, mengantuk, tak aktif dan pengunjung akan tengok mereka tidur je masa tu. Binatang pun tak banyak mana, dari saya kecik sampai kahwin haiwan-haiwan sama je yang ada. 

Dari kunjungan ni, kita boleh lihat mereka sangat perlukan dana untuk tanggung makan-minum dan ubat haiwan-haiwan kat sini. Jom pakat-pakat menyumbang duit untuk haiwan-haiwan kat sini supaya ada perkara lain yang boleh dinaiktaraf. 

Tempat Menarik di Brinchang, Cameron Highlands

Alhamdulillah, akhirnya termakbul jua impian dan cita-cita ku untuk ke Cameron Highlands. Impian sejak kecil namun termakbul lepas dah kahwin bila suatu hari ABANG ajak bercuti pada LABOUR DAY tahun 2013 lalu. Perjalanan dari Shah Alam melalui Lebuhraya Utara-Selatan (tol RM18.50), Simpang-Pulai, Tanah Rata dan seterusnya sampai ke Brinchang. Sekejap je perjalanan, 2 jam 1/2 kalau dari KL. Ambil 1 jam masa untuk naik ke Brinchang dari Simpang Pulai, jalan yang agak bengkang-bengkok.

Kami memang dah booking awal-awal untuk hotel di Brinchang, Kowloon Hotel. Murah tu, RM65 satu hari. Guna Agoda.com. Cantik dan comel, perabotnya semua macam dari IKEA Damansara (tempat shopping perabot favorite ABANG). Selesa, tak payah air-cond sebab memang dah sejuk, pemandangan pun cantik bila bangun pagi,kabus tebal dan pelancong awal-awal dah keluar untuk jalan-jalan.

Awal pagi di hotel Kowloon IKEA yang sejuk tanpa air-cond.
Keluar saja dari hotel,terus cari kedai makan halal lagi suci. Terjumpa Restoran Sabar Menanti, apabila jalan terus ke sebelah kiri hotel. Ramai polis Melayu dan pegawai-pegawai Melayu makan kat situ, tukang masak dan waitress pun Melayu.InsyaAllah halal makanan kat situ. Selesai makan kat situ, jalan-jalan kaki sekejap,pusing-pusing pekan Brinchang kat situ. Kalau bercakap memang akan nampak keluar macam asap dari mulut. Mungkin sebab udara sejuk, bertemu dengan udara dalam badan yang panas. Dah pusing-pusing pekan tu, nampaklah segala macam kemudahan memang ada kat situ. Nak servis Pos Laju, Balai Polis, Bomba, Masjid, Restoran, Dobi, macam-macam lagi, semua ada.Tak perlu risau apabila di Brinchang ni.

Habis je pusing-pusing di pekan tu, apalagi, terus je kami pacu roda empat ke tempat-tempat menarik lain.Sangat banyak lokasi menarik di sini.

 Masjid di Brinchang untuk warga lelaki solat jemaah dan solat Jumaat
 Lobi Hotel Kowloon, kreatif. 
 Ruang tamu Hotle Kowloon, kemas, comel dan bersih.Puas hati.
 Sempat singgah di Tadika Brinchang, Cameron Highlands.
 Ladang teh, on the way ke Ladang Teh Sungai Palas. 
 Ladang Teh Sungai Palas. Sedap minum teh panas kat situ.
 Menuruni lurah ladang teh yang hijau  menyegar walaupun dah makin tengahari.
 Ada sekolah rendah lak kat bawah ladang teh tu. Cantik dengan bunga-bunga yang segar dan besar-besar.
 Butterfly garden, bayar tiket RM5 seorang.
 Ladang kaktus. RM5 tiket seorang.
 Butterfly hidup yang diawet, tak beli sebab kesian.
 Butterfly jinak dalam garden tu. Ada kura-kura, macam-macam lagi binatang kecil lain. Ada nyonya tua yang jaga kawasan tu.
 Ladang ros. Tiket RM7 seorang. Besar dan sangat mabuk lihat bunga ros nya. Macam-macam warna.
 Solat zohor di Taman Agro Teknologi MARDI, then pusing-pusing sampai naik atas bukit petik cherry hitam. Manis di sana, balik je dari CH rasa dah jadi masam.
 Gerai strawberry, strawberry tak sebesar mana, tapi rasa macam buah jambu batu.hehe.
 On the way turun dari Brinchang,tanah rata kami singgah di Lata Iskandar. Orang sangatlah ramai. Tapi, meriah dan alahai.....sungguh tenang tengok air jatuh dari bukit ( air terjun ). ABANG sebelah drive dengan tekun melalui jalan bengkang-bengkok. Sehari yang penuh bermakna, seronok sebab penuh dengan aktiviti. Rasa nak datang lagi, tapi nak datang dengan TOYOTA HILUX TURBO baru sebab nak angkut banyak-banyak pokok strawberry balik umah. SELAMAT BERCUTI DAN BERISTIREHAT !


Sepasu pokok strawberry yang dibawa balik untuk ditanam, wow ! Hiduplah jugak selama 2 bulan. Buah memang lebat tapi MASAM ! Kesimpulannya, nak tanam strawberry boleh je kat Shah Alam ni, tapi kena tanam kat udara consistent sejuk dalam bilik air-cond baru dapat buah manis dan lebih lebat.