Wednesday, June 5, 2013

Tempat Menarik di Brinchang, Cameron Highlands

Alhamdulillah, akhirnya termakbul jua impian dan cita-cita ku untuk ke Cameron Highlands. Impian sejak kecil namun termakbul lepas dah kahwin bila suatu hari ABANG ajak bercuti pada LABOUR DAY tahun 2013 lalu. Perjalanan dari Shah Alam melalui Lebuhraya Utara-Selatan (tol RM18.50), Simpang-Pulai, Tanah Rata dan seterusnya sampai ke Brinchang. Sekejap je perjalanan, 2 jam 1/2 kalau dari KL. Ambil 1 jam masa untuk naik ke Brinchang dari Simpang Pulai, jalan yang agak bengkang-bengkok.

Kami memang dah booking awal-awal untuk hotel di Brinchang, Kowloon Hotel. Murah tu, RM65 satu hari. Guna Agoda.com. Cantik dan comel, perabotnya semua macam dari IKEA Damansara (tempat shopping perabot favorite ABANG). Selesa, tak payah air-cond sebab memang dah sejuk, pemandangan pun cantik bila bangun pagi,kabus tebal dan pelancong awal-awal dah keluar untuk jalan-jalan.

Awal pagi di hotel Kowloon IKEA yang sejuk tanpa air-cond.
Keluar saja dari hotel,terus cari kedai makan halal lagi suci. Terjumpa Restoran Sabar Menanti, apabila jalan terus ke sebelah kiri hotel. Ramai polis Melayu dan pegawai-pegawai Melayu makan kat situ, tukang masak dan waitress pun Melayu.InsyaAllah halal makanan kat situ. Selesai makan kat situ, jalan-jalan kaki sekejap,pusing-pusing pekan Brinchang kat situ. Kalau bercakap memang akan nampak keluar macam asap dari mulut. Mungkin sebab udara sejuk, bertemu dengan udara dalam badan yang panas. Dah pusing-pusing pekan tu, nampaklah segala macam kemudahan memang ada kat situ. Nak servis Pos Laju, Balai Polis, Bomba, Masjid, Restoran, Dobi, macam-macam lagi, semua ada.Tak perlu risau apabila di Brinchang ni.

Habis je pusing-pusing di pekan tu, apalagi, terus je kami pacu roda empat ke tempat-tempat menarik lain.Sangat banyak lokasi menarik di sini.

 Masjid di Brinchang untuk warga lelaki solat jemaah dan solat Jumaat
 Lobi Hotel Kowloon, kreatif. 
 Ruang tamu Hotle Kowloon, kemas, comel dan bersih.Puas hati.
 Sempat singgah di Tadika Brinchang, Cameron Highlands.
 Ladang teh, on the way ke Ladang Teh Sungai Palas. 
 Ladang Teh Sungai Palas. Sedap minum teh panas kat situ.
 Menuruni lurah ladang teh yang hijau  menyegar walaupun dah makin tengahari.
 Ada sekolah rendah lak kat bawah ladang teh tu. Cantik dengan bunga-bunga yang segar dan besar-besar.
 Butterfly garden, bayar tiket RM5 seorang.
 Ladang kaktus. RM5 tiket seorang.
 Butterfly hidup yang diawet, tak beli sebab kesian.
 Butterfly jinak dalam garden tu. Ada kura-kura, macam-macam lagi binatang kecil lain. Ada nyonya tua yang jaga kawasan tu.
 Ladang ros. Tiket RM7 seorang. Besar dan sangat mabuk lihat bunga ros nya. Macam-macam warna.
 Solat zohor di Taman Agro Teknologi MARDI, then pusing-pusing sampai naik atas bukit petik cherry hitam. Manis di sana, balik je dari CH rasa dah jadi masam.
 Gerai strawberry, strawberry tak sebesar mana, tapi rasa macam buah jambu batu.hehe.
 On the way turun dari Brinchang,tanah rata kami singgah di Lata Iskandar. Orang sangatlah ramai. Tapi, meriah dan alahai.....sungguh tenang tengok air jatuh dari bukit ( air terjun ). ABANG sebelah drive dengan tekun melalui jalan bengkang-bengkok. Sehari yang penuh bermakna, seronok sebab penuh dengan aktiviti. Rasa nak datang lagi, tapi nak datang dengan TOYOTA HILUX TURBO baru sebab nak angkut banyak-banyak pokok strawberry balik umah. SELAMAT BERCUTI DAN BERISTIREHAT !


Sepasu pokok strawberry yang dibawa balik untuk ditanam, wow ! Hiduplah jugak selama 2 bulan. Buah memang lebat tapi MASAM ! Kesimpulannya, nak tanam strawberry boleh je kat Shah Alam ni, tapi kena tanam kat udara consistent sejuk dalam bilik air-cond baru dapat buah manis dan lebih lebat.

1 comment: