Hari Selasa, buka saja sekolah, orang-orang lain semuanya dah dalam mood bekerja. Lain pula dengan ku, waktu inilah datang mood bercuti bersama suami. Nak buat macamana, kami cuti waktu orang bekerja. Dan seperti yang dijangka, pada weekdays sebegini kami akan melancong bersama-sama pelancong luar especially Arab dan Inggeris, Cina juga ramai...bukan pelancong yang tinggal di Malaysia. Selesai packing barang, kami terus bertolak ke LCCT ( Low Cost Cargo Terminal )...he he, naik Air Asia ke Pulau Langkawi, memang murah pun ! Kami sampai di airport langkawi jam 9 malam...jeng jeng jeng, terus kami disambut dengan pemberi sewa kereta sewa. Apa lagi, pilih-pilih lah kereta sewa yang murah dan comel untuk jalan-jalan keliling Pulau Langkawi ni.
Chery jadi pilihan kerana comel, baru dan sesuai untuk ronda-ronda berduaan. Sewa untuk 3 hari 2 malam ialah RM120. Guna RM40 je minyak untuk ronda keliling Pulau Langkawi 3 hari 2 malam tu. Jimat juga minyak nya, tapi enjin xberapa sedap....kereta murah katakan, jika tahu,awal2 lagi sewa jenis Myvi je.
Awas ! elakkan sewa kereta buruk jika tak mahu terkandas tengah-tengah bercuti..
Kami menginap di Geopark Hotel depan Cabel Car, 6D Cinemation, Ladang Gajah, Ladang Arnab, Tasik Ikan dan Ular. Kami dapat FREE pakej masuk tempat-tempat tu kecuali Elephant Ride sebab mahal sangat, untuk 2 orang je dah kena bayar RM120. Total bayar hotel 3 hari 2 malam termasuk breakfast dan masuk Cabel Car, Sky Bridge, Roller Coaster 6D Cinemation, Ladang Arnab, Tasik Ikan tu murah je, RM304. Berbaloi-baloi harganya berbanding masuk satu-satu.
Macam biasalah, bunga biasa-biasa je. Macam kat kampung.
Kat Tasik Ikan
Telaga Tujuh. Terdapat Air terjun yang terhasil dari 7 sumber mata air, sebab nama dia Telaga Tujuh, emngikut pemahaman ku setelah ke sana.
Orang yang gigih gagah je berani naik ke tempat ni, sebab kena daki tangga selama 30 minit untuk sampai tempat cantik dan tak boleh nak lupa ni !
Ini baru gambar, yang real lagi rasa nak terjun je mandi.
InsyaAllah, selamat je kalau nak mandi-manda...TEMPAT WAJIB pegi. TELAGA TUJUH.
Air kelapa merata dijual orang, sebab sangat senanng nak cari kelapa kat sini.Sedap.
Pantai yang indah, lebih indah kat Tasik Dayang Bunting.
Makam Mahsuri ni sesuai untuk lawatan sambil belajar kanak-kanak. Tiket dewasa RM7 je.
Untuk hargai sejarah dan budaya orang malaysia.
Seram jugaklah tengok patung-patung tu, macam hidup...eeee. Dah la melawat waktu tak ada orang, rasa seram je area Makam Mahsuri tu.
Makam Mahsuri. Dijaga rapi.
Rumah alam di Makam Mahsuri.
Telaga Mahsuri. Memang kampung style la tempat ni.
Pantai Chenang: Walaupun bukan cuti sekolah, tetap ramai dengan pelancong luar negara. Tempat ni jadi tumpuan pelancong untuk Sukan Air.
Underwaterworld Langkawi : Lebih kecil dari Aquaria KL tu, namun berbaloilah juga sebab ada penguin banyak dalam tu. Underwaterworld bersambung dengan tempat Penguin Watch. Tiket RM28, oklah tu.
Besar dan sepanjang jalan-jalan kat situ, orang negara Arab dan China je ramai.
Ini tempat beli-belah tanpa cukai..barang dapur semua ada . Nak kata murah, tak adalah murah, berbaloi dengan kualiti la. Jenis-jenis porcelain dan macam-macam.
Nak tengok burung helang kena pegi pulau-pulau, kat sini antara tempat makan sea food terkenal...dan keluar sikitlah duitnya dalam budget makan.
Tradisi Pulau Langkawi. Seni restorannya..ok, menarik.
Pantainya....sememangnya, cantik dan indah.
Helang besar yang memang dijaga rapi, jadi mercu Pulau Langkawi.
Harbor, jika anda berminat untuk berlayar, inilah tempatnya. Dekat dengan Quay Bay. Yang bangunan empat segi tu Petronas yang terbesar di Pulau Langkawi tau..
Ini view Hotel Geopark dari atas Gunung Telaga Tujuh.
Ok, apabila sampai atas gunung menggunakan Cabel Car, kami bagi 7 bintang untuk view dari atas tu. Memang payah nak cari kat tempat lain.
Sky Bridge. Kami tak mau naik, sebab dah senget. Dalam proses membaiki waktu tu. Gayat juga sikit-sikit.
Pelantar sejurus naik dengan Cabel Car untuk lihat Pulau Langkawi dari atas.
Menarikkan, ini tempat WAJIB datang !
Air terjun Telaga Tujuh dari view atas sememangnya sunggh cantik, 7 bintang !
Walaupun kami dah turun dan nak petang, masih ada orang yang datang dan baru nak naik Cabel Car tu.
Kedai cenderaheti memang sangat banyak, di mana-mana pun ada walaupun bukan hujung minggu dan musin cuti sekolah.
Pengembaraan 6D Outdoor pertama di Malaysia, seronok !
Kami singgah di MARDI untuk lihat buah-buahan apa yang tengah masak ranum sekarang......
Tiket untuk Tour Ladang MARDI ni RM17 je. Berbaloi jika ada buah masak, boleh makan-makan terus dalam ladang tu. Check awal-awal dengan MARDI, buah apa yang sedang masak ranum untuk dipetik..he he
Hari dah petang, pengunjung pun tak ramai. Tetap sama, pengunjung negara Arab je yang ramai melancong ke MARDI ni. Mungkin untuk tengok pokok-pokok buah hijau yang tak ada kat sana.
Telaga Air Hangat. Yang betul-betul hangat kat hujung-hujung ni. Tengok-tengok dan sentuh sikit-sikit.Waktu kami pergi, dalam keadaan diselenggara lumut-lumutnya. Tempat, cantik untuk yang berkeluarga.
Di Durian Perangin Waterfall, air nya tak sejernih mana tapi ok juga untuk mandi-manda. Yang istimewanya, keliling air terjun ni dipenuhi dengan buah durian..mungkin kalau nasib baik, tengah-tengah mandi dapat makan buah durian hanyut...he he
Peta FREE yang diguna sepenuhnya keliling Pulau Langkawi.
Breakfast buffet FREE oleh Hotel Geopark. Oklah, rasanya.
Yang ni,, kena bayar RM25 untuk 2 orang. Oklah, tak mahal pun sebab rasa segar makanan lautnya. Cuma elakkan makan campur-campur darat dan laut untuk hindari masalah teknikal penghadaman. Restoran Saji, dekat dengan Eagle Point.
Kami sempat melawat Pusat Kebudayaan Langkawi. Seperti Pusat Kebudayaan lain juga, dalamnya penuh dengan pameran batik, wau, alat muzik tradisional dan lain-lain lagi.
Kain batik tangan.
Masa tu, dapat rasa juga menconteng batik...
Ini Galeri Perdana, sesuai untuk lawatan sambil belajar kanak-kanak.
90% Galeria Perdana ini dipenuhi dengan hadiah-hadiah dan buah tangan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dari seluruh pelusuk negara. Memang sangat banyak dan sungguh mahal nilai hadiah mereka bagi kepada Malaysia sebagai tanda persahabatan.
Yang ini, ukiran klasik lama oleh rakyat tempatan.
Kereta lama daripada negara luar untuk Malaysia. Mereka bagi sempena lawatan Tun Dr Mahathir ketika era pemerintahan Tun dahulu.
Beras terbakar, berasnya dah tak banyak mana. Kedai je makin banyak. Punya confuse nak cari tempat ni, sebab macam pasar-pasar biasa, padahal ada entiti sejarah berharga kat situ.
Apabila berjalan-jalan keliling Hotel Goepark tu, aktiviti memang ada banyak. Bergambar dan dibelit ular sawa ni...berani?
View Hotel Geopark memang bagus !
Sempat jugalah kami beri arnab-arnab ni makan carrot.
Sempat kami snap gambar durian kat 'Durian Perangin Waterfall' tu. Lebat !
Waktu malam, memang dah sunyi jika menginap di Hotel Geopark ni. Jika anda inginkan suasana meriah je siang malam, menginaplah di hotel berdekatan Pantai Chenang. Memang meriah walaupun dah malam.Dari percutian 3 hari 2 malam kami, dapatlah kami simpulkan kat sini, tempat yang betul-betul best cuma Cabel Car, Telaga Tujuh Waterfall dan Pulau Dayang Bunting je. Mungkin kerana kami pasangan baru berkahwin, tak ada anak, merasakan Pulau Langkawi ni sesuai untuk orang yang dah ada anak. Tempat bersejarah Pulau Langkawi ni banyak, cuma tahap sejarah tu dah tak nampak sangat dah. Tapi kira oklah, percutian ni pun makan belanja tak sampai RM1000. hehe. Rasa nak pergi Indonesia je pulak tengok Candi Borobudur !