Wednesday, June 5, 2013

Zoo Negara, Kuala Lumpur

Kali ini giliran untuk bawa anak buah kesayangan pulak ke Zoo Negara, Kuala Lumpur. Siapa kata dalam bandar KL macam ni tiada tempat menarik untuk kanak-kanak? Dengan harga tiket RM6 seorang kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa, dapatlah masuk melihat apa yang ada dalam Zoo Negara Kuala Lumpur ni. Bertolak dari Sungai Buloh ke Zoo Negara cuma ambil masa 1/2 jam.

Sampai saja le Zoo Negara, dah kena parking kereta berbaris-baris kat luar.Hujung minggu, memang ramai. Harga parking RM6 untuk sebuah kereta. Lepas beratur beli tiket, belikan topi pink berharga RM15.90 kepada Ain sebab cuaca nampak agak terik. Untuk Darwisy, tak beli sebab dia tak nak. Masuk je, kami terus berjalan-jalan ke arah sangkar monyet,ungka,kera dan macam-macam jenis spesisnya.

 Zoo Negara: Ini anak ungka kalau tak silap.
 Zoo Negara: Ada pokok-pokok yang comel juga.
 Zoo Negara: Sang tapir yang hampir terlelap.
 Zoo Negara: Anak-anak kancil
 Zoo Negara: Burung spesis bangau
 Zoo Negara: Zirafah jadi tarikan besar untuk anak buah ku.

 Zoo Negara: Beli tebu sebatang RM2, bagi gajah makan.
 ZOo Negara: Semua binatang, ada Scientific Name dan nama Species nya
 Zoo Negara: Badak air
 Zoo Negara: Sarang tebuan yang diawet.
 Zoo Negara: Ini ialah kerbau jenis Afrika.
 Zoo Negara: Dapat sentuh si tapir.
 Zoo Negara: Rusa bintik yang comel.
 Zoo Negara: Ada satu site tu, semua karakter Pada Zaman Dahulu diletak, cun !
Zoo Negara: Harimau bintang tengah tidur.
Entrance dan exit di Zoo Negara.
 Kami terlepas untuk tengok sesi beri makan pada jam 11 pagi dan tak larat nak tunggu jam 3 petang untuk sesi beri makan seterusnya. Itu pun dah ok dan puas hati sebab tengok muka anak buah happy je bila keluar dari Zoo Negara. Untuk pengunjung yang nak buat lawatan ke Zoo Negara, datanglah awal pagi sebelum sesi beri makan kerana antara jam 11 pagi hingga 2 petang haiwan-haiwan semuanya dalam keadaan malas, mengantuk, tak aktif dan pengunjung akan tengok mereka tidur je masa tu. Binatang pun tak banyak mana, dari saya kecik sampai kahwin haiwan-haiwan sama je yang ada. 

Dari kunjungan ni, kita boleh lihat mereka sangat perlukan dana untuk tanggung makan-minum dan ubat haiwan-haiwan kat sini. Jom pakat-pakat menyumbang duit untuk haiwan-haiwan kat sini supaya ada perkara lain yang boleh dinaiktaraf. 

No comments:

Post a Comment