Jika nak dapatkan pondok free dan luas, mesti pergi awal pagi. Kami dah bertolak dari Shah Alam seawal jam 8 pagi. Sampai jam 9 pagi, masa tu memang dah ada orang cop tempat.
Sampai kat sana, memang happy bila tengok pantai cetek yang luas, sesuai untuk anak-anak kecil.
Ada banyak gerai makan dan menjual barang mainan pantai.
Pondok yang sempat kami grab.Memang dah lengkap tempat bakar ikan ayam, tapak khemah dan betul-betul depan pantai.
Pasir luas untuk anak-anak bermain.
Sebelum air pasang.
Suasana yang cukup meriah dengan anak-anak kecil mandi-manda.
Selepas air pasang.
Kawasan memang dijaga Pihak Keselamatan Pantai. InsyaAllah, tempat selamat dan selesa, free pulak tu.
Pantai Bagan Lalang yang jadi tempat camping kami sememangnya cukup indah,selesa dan selamat. Kalau datang dari Shah Alam, kami ikut Lebuhraya Utara-Selatan dan lalu KLIA masuk ke Bagan Lalang, Sepang ni. Kami cari tempat paling hujung, orang tak ramai sangat. Nak membakar pun tak rasa ganggu orang sangat.Selepas sehari di pantai, kami bertolak pulang jam 7 ptg. Sesiapa yang nak balik lewat petang, singgahlah solat Maghrib di mana-mana kerana bila masuk je Highway, jika jem, lewat pula solat nanti.
No comments:
Post a Comment